Powered by Blogger.
RSS

Journey to Gunung Reng....



assalamualaikum and hye everyone....
so, entry kali ni kami nak cerita tentang kisah kami sepanjang tarikh 10 march 2013.. macam-macam bende 'menarik' terjadi.. nak tau, teruskan scroll down..
Seawal jam 8 pg kami bertiga gerak dari UMK menghala ke Gunung Reng dengan perasaan yang amat excited untuk melihat keindahan ciptaan yang maha Esa dan yang paling pentg,  menyempurnakan tugasan kami…..


                Sampai jer kt sana, kami terpegun melihat keunikan Gunung tersebut. Diselimuti kabus pagi yang nyaman dan tersegam indah, namun terdapat satu sejarah disebalik keunikan dan keindahannya.
Gunung Reng dari jarak 500 meter
    


 Gunung itu wujud ekoran kifarat Tuhan terhadap makhluknya yang telah melanggar tatasusila masyarakat waktu itu kerana mahu kelainan dalam pesta. Ketua Kampung Tala pada masa itu dikatakan ingin mengadakan temasya secara besar-besaran selama tujuh hari tujuh malam dengan pelbagai permainan hingga ke acara penutupnya. Ekoran itu permainan yang tidak pernah diadakan sebelum itu telah diadakan iaitu melagakan kucing dengan anjing di atas bumbung rumah sebagai menyambut kemuncak perayaan tersebut.  Tiba-tiba berlaku ribut taufan yang dahsyat diikuti hujan lebat. Di waktu kelam-kabut itu dikatakan tiba-tiba seorang perempuan tua dan cucunya berlari balik ke kampung mereka dikenali dengan 'Kampung Gantang' berhampiran Kampung Tala untuk mengangkat padi jemuran. Selesai memunggah padi yang dijemur dan keadaan hujan semakin reda, perempuan tua bersama cucunya itu telah pergi semula ke Kampung Tala, tetapi alangkah terkejutnya apabila melihat kampung itu telah dihempap batu besar atau gunung yang melenyapkan sama sekali kampung itu. Menurut catatannya lagi, perempuan tua dan cucunya inilah yang menjadi pencerita kepada generasi-generasi sehingga sekarang mengenai sejarah kemunculan 'Gunung Reng' itu. Itu la lagenda wujudnya Gunung tersebut....



Yg menariknya, Gunung ini dikatakan dikatakan menjadi tempat tinggal Puteri Sa'adong. Kerana itulah juga Gunung Reng mempunyai gua-gua dalam pelbagai bentuk seperti tempat hulubalang, tempat bermain makyung, serta bilik-bilik. Erm, btl ke??

Jelmaan puteri Sa'adong dan gundiknya....hehe
Yg mna satukah Puteri Sa'adongnya??

        Mengikut catatan sejarahnya Puteri Sa'adong tidak tinggal lama di Gua Reng disebabkan beliau kecewa dengan sikap penduduk kampung yang meminjam barang-barangnya tetapi tidak menghantar pulang. Ekoran daripada itulah dikatakan Puteri Sa'adong telah merajuk dan menyembunyikan diri di Gua Ayam di Gua Musang dan barang-barang atau khazanah yang tersimpan di gua tersebut turut menjadi batu, termasuk seekor gajah. 



   kat sini jg disediakan kmudahan bg pngunjung2 yg dtg ke sini...
kedai makan dan parking lot
taman permainan, tp utk 12 tahun ke bwh jer ye....

on the way blk, kami sempat jgk pg Rantau Panjang, window shopping skt...


hepi dpt beli beg baru...
antara gerai yg sempat kami singgah
tak puas hati lg, kami smbung pg Tanah Merah, boring la katakan duk kat blik....

'khusyuk' membeli untuk pastikan pilihan yg lebh bijak...haha

Menakutkan kami, kereta kami kehausan minyak, takut gle, tiga kali kot...nasib baik ada yg sudi menolong.

proses menuang minyak, first time dlm hidup kami...


Lastly, tepat jam 10.30 mlm, kami tiba di UMK....penat sgt. Begitu la kisahnya perjalanan kami pada hari    
ini... 

That's all..
Lepas nie, banyak lagi kisah yang ingin kami kongsi..
Nantikannya... ^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment